WELCOME TO MY PAGE

Friday, 22 August 2014

Selamat Pulang Penumpang MH17

  
Hari ini merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh ahli keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia yg prihatin terhadap tragedi yg menimpa MH17 sebulan yang lalu. Akhirnya, jenazah selamat tiba di Malaysia pagi tadi. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan segalanya. Walaupun yg dibawa pulang hanyalah seramai 20 orang sahaja buat masa kini. Dijangka yg selebihnya akan dibawa pulang pada Ahad ini.Siapa sangka pemergian mereka akan menjadi begitu tragis dan sangat menarik perhatian umum termasuk negara-negara luar. 

Namun tidak terlepas juga dari pelbagai kutukan,cacian dan tohmahan yg dilemparkan. Ada yg mempersoalkan apakah jasa jenazah-jenazah ini hingga disanjung dan disambut dengan begitu gah sekali. Bagi saya, tidaklah menjadi satu dosa untuk jenazah-jenazah ini diberi penghormatan biarpun tiada apa yg dilakukan. Saya tidak ada apa-apa jawapan untuk soalan "mengapa prajurit2 yg syahid di Lahad Datu tidak diberi penghormatan sebegini"... Apa yg saya boleh katakan adalah, kita semua manusia biasa yg tidak lari dari satu kesalahan sekalipun. Mungkin khilaf kerajaan di situ. Maafkanlah... Tidak perlu untuk diperbesarkan. Yang pergi tetap pergi. Tidak kira bagaimana cara dia mati ataupun bagaimana dia diberi penghormatan. Semuanya sama saja, akan ditanam ke dalam tanah juga akhirnya. Jika keluarga kita sendiri terlibat di dalam MH17 itu, saya pasti kita juga tidak akan mempertikaikan tentang pengiktirafan yg diberi.. Apa yg perlu kita lakukan sekarang ialah berdoa semoga mereka tenang di sana dan kita hanya perlu redha dgn segala ketentuan Allah s.w.t.


Suasana sayu hari ini memilukan lagi hati semua rakyat Malaysia yg sentiasa mengikuti perkembangan MH17. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan semoga mereka damai di alam sana. Bagi ahli keluarga mangsa dan kita semua yg masih hidup, teruskanlah perjuangan hidup anda biarpun tanpa org yg disayang disisi. In sha Allah . Amin.

No comments:

Post a Comment