WELCOME TO MY PAGE

Sunday, 19 April 2015

Malaysia Dan Konfliks

Salam . Selamat pagi dunia yang penuh pancaroba ... Selamat pagi sekalian makhluk penghuni bumi ciptaan Allah s.w.t . Hari demi hari , terasa banyak dugaan dan beban yang harus kita tempuhi . Bermacam2 ragam yang keluar dari semasa ke semasa . Ada suka , ada duka .

Pernah tak terlintas di fikiran korang semua, apa akan terjadi pada Malaysia dalam tempoh 5 tahun lagi ? Tak pernah ? You better think about it ! Malaysia sekarang kucar kacir . Tak pasti apa penyebabnya . Pemimpin ke puncanya ? Ataupun penyokong yg terlalu fanatik dan 'buas' yg menyebabkan negara dilanda kontroversi ? Ataupun cara kita sendiri yg tak tahu menilai dan mngurus kehidupan bersama sebagai rakyat Malaysia yang mengecap kemerdekaan ? Adakah jugak sebab kita dapat menyambut tiap2 tahun hari kemerdekaan , membuatkan kita terus leka dan yakin bahawa kita akan terus makmur ?

Jawapan tu, hanya akan muncul bila 'selesai' segalanya ... Kenapa ? Sebab tiada seorang pon yg dapat meramal 'sesuatu' yang halus .. Mata wang Malaysia merosot , Kes pembunuhan Altantuya masih kabur , GST bebankan rakyat , PM Najib dan Rosmah makan duit rakyat, IS target serang Malaysia .. Mcam2 lagi sebenarnya isu yg menarik tentang politik kat Malaysia ni. Masing2 saling menjatuhkan. Tapi sayangnyaaaa ... Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya . Kita hanya duduk , dan terus membuat spekulasi demi spekulasi. Tak tahu siapa yang BENAR dan siapa yang SALAH . Sisat itu , siasat ini .. Tapi tak ada bukti . Bimbang tersilap langkah dan kata , tersalah percaturan padah yang menimpa.

Tapi lebih membimbangkan bila memikirkan ke mana hala tuju dan bagaimana hidup rakyat Malaysia pada masa akan datang. Satu demi satu masalah yang timbul . Bila direnungkan sekejap, terasa mcm menonton filem aksi perang yang sangat dahsyat sambil membayangkan negara Malaysia. Takut, risau, sedih dan terkilan. Kenapa dan bagaimana Malaysia berputar 360 darjah daripada posisi asalnya . Menunding jari dan menuduh cuma menambahkan dosa. Tapi apalagi yang kita ada untuk dapatkan jawapan bagi setiap soalan ??? Tak tahu ?? Tiada siapa tahu ... Melainkan Allah s.w.t dan juga hamba yag dikehendaki-Nya .

Apa yang mampu kita ubah ialah sikap kita sendiri . Bangun ! Dan teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan memperjuangkan semula Malaysia yang tercinta. Tadah tangan dan berdoalah kepada Tuhan agar dikurniakan pemimpin dan orang2 disekelilingnya yang berhati mulia dan berkata benar, adil dan saksama. Berdoalah kepada Tuhan agar disejahterakan negara dan rakyatnya. Berdoalah pada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Selamatkanlah negara ini ! Lindungilah negara ini dan isi buminya ! In sha Allah , amin ...












Tuesday, 14 April 2015

PERHENTIAN ISLAND 3D2N

Salam dan selamat petang , warga bloggers .. Iolls baru balik daripada bercuti . Baru hari ni masuk office . So, ingat nak share la sikit . Mana tau , bermanfaat utk uolls . huhu .. Al-kisahnyaaa .. Hujung tahun lepas , Cik Iez ni dah mula jd kemaruk nak berholiday jejauh .. Especially , Pulau . So, drpd x buat apa2 kat office tu .. Cik Iez search la kat fb mana2 agent yg ade buat pakej trip ke mana2 lah. Then satu hari tu terjumpa pulak pakej murah ke Pulau Perhentian untuk 3 hari 2 malam. So, Cik Iez pon tinggalkan emel n popppp .. Dgn pantasnya agent tu pon meng'emel' quotation dengan accomodation yg dia sediakan. Bayaran pun mmg murah .RM 405/orang.  Maklumlah, masa tu x include GST lagi .. huhu .. So, apalagiiii .. Cik Iez pun cepat2 la book hotel ape smua.. Harga tu termasuk :

1) Speedboat transfer from Jetty K.Besut - Pulau Perhentian & Pulau Perhentian - Jetty K. Besut
2) Mask for snorkeling (at 5 Pulau)
3) Bilik/Chalet/Resort
4) Makan - 2x Breakfst
                - 2x Lunch
                - 1x Dinner
                - 1x BBQ

10/4/2015- Bermulalah pengambaraan Cik Iez and da gang ke Pulau Perhentian. Malam 9/4/2015 tu Cik Iez bertolak dari TBS ke Kuala Besut pukul 9.30 malam. Sampai Kuala Besut dlm 5.30 pagi . Mula2 tu pishang la jugak nak tggu jetty bukak . Tapi nasib baik kedai makan kat situ pagi2 buta lagi da bukak. Biasa lah , org kampung mmg rajin berniaga awal2. Sementara nak tggu jetty bukak tu , dduk2 la jap kat kedai makan tu . Kat situ mcm2 ada . Ada perhentian bas, kedai makan, kedai runcit, surau, tandas awam, taman mainan and dekat sgt ngn jetty . Jalan kaki, 2 minit je pon .. Boat kiteorg pkul 8.30 pagi . Akhirnyaaaa , speed boat kami smpai .. Then, dia trus bwak kiteorg ke chalet .. salin2 baju, pastu terus pegi snorkeling. Lpas snorkeling , balik makan tngah ari. Malam pulak , makan2 pastu terus tidur . Penat woo .. huhu

 Time ni baru sampai jeti .

11/04/2015- Bangun pagi, siap2 pegi sarapan pukul 8.00 am. Lepas sarapan, siap2 pegi Pulau Redang. Jalan2 kat sana , pastu makan tngh hari kat Redang . Makanan memang best2 ! Torrbooekkk baq hangg ! Meja kiteorg 3 org ni pon penuh ngn abg2 tour guide je . Ahakzz .. Dorang yg nak join eh .. huhu .. Lpas dah jln2 kt Redang, pegi snorkeling and lasttttt , mandi air sejuk gila kat Lata Air Berani. Time snorkeling tu jgn cite la dia punye sweet cmne an .. haha .. Cik Iez ni x reti berenang . So , abg2 tour guide tu pon hulurkan la bantuan kat Cik Iez yg kaki,tangan,badan semua keras x reti berenang ni .. Pegang tangan erat kauuuu . haha .. Sweet gile abg tour guide sorg ni . Dtg dgn boat lain , tapi snggup berenang kat boat Cik Iez semata2 nak bwak Cik Iez menyelam. Padahal abg tour guide boat kiteorg ade je . Dah mcm bersnorkeling ngn pakwe plak . Aihhh .. Hahaha .. Pastu get ready utk balik, mandi n siap2 utk makan malam. Biasalah , bila da smpai malam terakhir kat situ mesti lah masing2 baru nak kenal2 lah , ape lah . Da biasa sgt dah . Malam tu kononnya nak overnight tgok nemo and g tngok penyu . Tunggu la air surut . Tggu punya tggu , x surut2 jugak air tu . Jam da pkol 3.30 pagi dah . Hmm .. Nasib baik lah lepak ngn abang2 tour guide yg sporting and kelakar . Mmg x terasa pun waktu berlalu . Ececehhh . haha













Kiteorg pun balik la dengan perasaan mengantuk gila babeng .. Tpi sebelum tido tu , kemain memasing dok sembang mcm mana punya romantic memasing berbual ngn abg2 tour guide tu td . haha .. Masing2 da tangkap cintan . X bole blahhh .. Di sebabkan memasing da ngantuk gile , so kiteorg pon tido la ..

12/4/2015- Bangun pagi cam biasa pastu g sarapan . Lepas sarapan, siap2 kan brg nak berangkat. Pastu jalan2 kat tepi pantai buat kali terakhir. Serius, masing2 macam x nak balik . Sebab tempat dia cantik sgt . Subhanallah . Tambah2 lak org2 sana peramah ..Smpai ke sudah memasing x bole terima yg haritu nak balik dah . haha . sayu je hati tgok pulau tu ditinggalkan .. kikiki .. Cik Iez ni lagi laaaa .. Dah smpai TBS pun rasa cm x caya lagi dah balik . haha .. Nampak x permainan dia ??? haha
 Da ready nak balik time ni .. (T_T) Tapi x pe , ade rezeki nanti, dtg lagi . huhu .. Ok lah, daaa daaaaa ..

Ok , untuk apa2 pertanyaan pasal pakej ni .. Don't worry , Cik Iez akan tinggalkan information utk korang.

Korang bole call :

   Mr. Sim : 016-5032257 / 017-9022257 (sorry , emel x ingat ) :p
   Abg Len : 013-9441705




#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#