WELCOME TO MY PAGE

Thursday, 9 July 2015

RAMADHAN 2015

          Assalamualaikum w.b.t umat Muhammad yang sangat dikasihi. :) Dah lama tak menyinggah, kan ? Alhamdulillah.. Panjang lagi umur kita. Ramadhan 2015 pun dah nak sampai ke penghujung. Dikesempatan ini, Cik Iez nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat tahun 2015. Semoga bulan Ramadhan ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menghakis dosa-dosa yang telah kita buat sepanjang kita hidup dengan melakukan amal ibadah. In sha Allah, amin. Semoga Allah s.w.t permudahkan niat kita.

Hurmm.. Mesti you all tak sabar-sabar nak sarung baju raya, makan kuih raya, rendang and everything kan? Ya Allah ! Sama la dengan Cik Iez.  Tak sabar sangat nak berkumpul ramai-ramai,makan sama-sama. Ye lah. Itu je masa yang dapat menyatukan seluruh family. Kalau tak, masing-masing busy kerja lah, itu lah, ini lah. Tahun ni persiapan raya Cik Iez biasa-biasa je. Tak de lah semeriah tahun-tahun yang lepas. Maklumlah kan... Sekarang ni kita ada masalah 'kegawatan ekonomi' sikit. hehe .. Tambah-tambah pulak Cik Iez ni bukan dari family 'berada' . So, bersederhana je lah. Ok apaaaaa .. :p

Persiapan raya korang pulak macam mana? Mesti HAVOC kennnn ? huhu .. Tak pe lah asalkan ikot kemampuan. Kalau rasa mampu, why not kan sekali sekala pakai baju and barang-barang mahal. Untuk kepuasan diri sendiri jugak. Tapi janganlah sampai kering pulak poket tu nanti. Haha.. Tahun ni maybe Cik Iez akan raya kat KL je. So, siapa-siapa yang nak datang beraya rumah Cik Iez tu boleh lah datang. Hehe. Contact Cik Iez, nanti Cik Iez send alamat. :p Rasa macam nak buat open house, tapi datang je lah. Rumah Cik Iez ni sentiasa 'open' untuk you allsss .. :)

Oh ye! Sebelum Cik Iez lupa, hari Sabtu ni (11 Julai 2015) bersamaan dengan 24 Ramadhan ni jom kita ramai-ramai ambil bahagian dalam Program #MalaysiaNgaji. Start  pukul 12.00 t/hari till 1.00 ptg. Macam mana nak join? Haa, ok ! Jangan risau. You all boleh call Rumah Ngaji kat talian ni 013 9646618 untuk bertanyakan soalan dengan lebih lanjut. Jom kita trendingkan #MalaysiaNgaji. Upload gambar-gambar pada masa tersebut kat Twitter, Insta and Facebook korang k .. Sambil-sambil tu dapat lah kita mengajak orang lain sama-sama beramal ibadah. Betul tak ? :) Ok you all . Selamat menjalani ibadah berpuasa. Jangan ponteng-ponteng! Berdosaaaaa, you allssss.. Huhu .. Bubye! Have a great Ramadhan month, sweethearts!  <3 <3





#KumatKamitCikIez