WELCOME TO MY PAGE

Wednesday, 23 July 2014

I Miss U , Atok :'(

Assalamualaikum, atok ...  :')
Harap2 atok bahagia di 'sana' .... Amin . In sha Allah , kami di sini akan sentiasa doakan kebahagian atok.
02/08/2014 ni genaplah 7 tahun pemergian atok untuk menghadap Illahi.. Honestly, I've missed u a lot , atok. I always wanted u to be here with me , again .. Sebab orang x sempat jumpa atok untuk cium dahi atok,untuk cium tangan atok,untuk tatap wajah atok,untuk pelok atok dan terutama sekali untuk memohon ampun buat kali terakhirnya pada atok.. Sedih sangat sebab tak dapat peluang tu. Tapi apa lagi yang boleh orang buat selain redha dengan pemergian atok tercinta. We're so close , before .. But when u're gone, I felt lonely .. I'm alone without you ... Kenapa mesti adanya perpisahan ?? But , atok ... Orang still rase atok selalu ade dengan orang. Macam baru semalam kita bersembang..

Tapi hakikatnya ..... 7 tahun telah berlalu. Terlalu cepat masa berjalan meninggalkan kita. Maaf sebab tak dapat penuhi permintaan atok untuk tengok orang sampai ke 'Menara Gading' .. Masa tak mengizinkan atok. Besar jasa dan pengorbanan atok,besar juga kasih sayang yang atok berikan..Atok lah insan yang selalu memenuhi setiap permintaan orang. Pemergian atok adalah satu kehilangan besar buat kami semua. Atok seorang yang tegas,mengambil berat dan sangat penyayang. Maaf di atas segala yang telah kami lakukan yang mungkin telah mengecilkan atau melukakan hati atok semasa hayat atok di dunia. Memang sudah terlambat untuk menzahirkan kata-kata maaf ini tetapi kami tidak pernah berniat untuk melukakan hati kecilmu , atok .. Maaf di atas kekasaran bahasa yang kami lemparkan pada mu sama ada kami sedar mahupun tidak . Kami tidak pernah membenci mu walau sedikit pun. Kau lah tempat kami bersandar dan meluah nasib. Tapi kini.... Kau telahpun dijemput Illahi. Berbahagia lah kau di sana, wahai atok.

Sesungguhnya, kami di sini sangat merinduimu.. Sangat-sangat rindu ! Tak dapat nak ditahan airmata ini daripada terus mengalir .. Bukanlah untuk menyeksa roh mu di sana, tetapi ini adalah tangisan kerinduan yang teramat sangat. Hanya Allah yang mengerti dan mengetahui isi hati ini yang merintih dan meronta-ronta ingin atok kembali. Namun apakan daya, kuasa Allah S.W.T melebihi segala-galanya. Hanya doa yang dapat kami iringkan buatmu agar kau tenang dan selamat disana. In sha Allah , amin.. Sesungguhnya syurga Allah adalah milikmu jua.. Damailah dikau di sana , atok..



Dalam kenangan dan ingatan ...
#Abdul Aziz Bin Mohamad
#02/08/2007

Tuesday, 22 July 2014

Transeksual & Islam . Boleh ke ??

Assalamualaikum , peeps .. May Allah bless us . Amin
Hi,I'm back . Lupakan masalah semalam and teruskan kehidupan .. :)

Today saya nak share sikit tentang Islam. Well,saya pun bukanlah arif sangat tentang Islam and bukanlah seorang yang 100% mengikut semua ajaran Islam.. I mean, saya ada jugak melakukan kesalahan dan dosa yang saya sendiri tahu kesan dan akibatnya. Tapi kita manusia kan, takkan lari dari kesilapan .. Apa yang saya tahu, saya akan share dan harap kita sama-samalah berkongsi ilmu :')

Sebelum start, saya nak minta maaf dulu kalau penulisan saya ni ada menyakitkan hati sesiapa yang membacanya.. Maaf banyak2 . Dari pemerhatian saya, "sesetengah" orang telah menyalahtafsirkan fahaman Islam. Sebagai contoh , "TRANSEKSUAL" .Boleh ke ?? Boleh atau tidak , mari kita bincangkan.. Dalam Islam, sudah dijelaskan bahawa Allah melarang mana2 hamba-Nya mengubah sesuatu ciptaan-Nya baik dari segi mewarna rambut ataupun pembedahan bagi tujuan kecantikan. Ini kerana segala ciptaan-Nya adalah indah belaka. Subhanallah .... Tetapi inilah yang berlaku di seluruh dunia. Untuk kelihatan cantik, sesiapa saja sanggup berhabis duit. Tapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah berkenaan Transeksual ataupun dalam pemahaman lain yang kita selalu sebut, "Mak Nyah" . Lelaki yang berubah menjadi seorang wanita. Masya-Allah. Telah disahkan bahawa perubahan tersebut adalah HARAM ! Apa yang dapat saya lihat, contohnya di Indonesia.. Terdapat beberapa orang "Mak Nyah" yang kononnya ingin bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Niatnya sudah bagus,Alhamdulillah. Tetapi.... masih menjadi seorang WANITA. Mengenakan tudung,berpakaian seperti wanita,bertelekung dan melakukan ibadah solat dalam cara seorang wanita mengerjakan solat. Astaghfirullahhal'azim... Ini bertentangan dengan syarak ! Mereka seolah-olah kurang faham akan Islam. Tetapi yang lebih pelik adalah orang yang "MEMBENARKAN" perubahan tersebut . Adakah Islam di sana hanya tentang menyembah kepada Allah? Tidakkah diterangkan mengenai hukum halal dan haram ??

Maaf sekali lagi lebih2 lagi kepada orang2 Indonesia. Ini hanyalah bagi sesetengah mereka dan tidaklah saya katakan bahawa semua orang Islam di sana kufur.. Di Malaysia juga ada golongan2 yang begini tetapi Alhamdulillah... Pihak berkuasa dan juga jawatankuasa agama Islam di sini menentang habis-habisan proses penukaran jantina. Tidak ada seorang pun yang boleh menukar nama dan jantina mereka , baik lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi membenarkan golongan2 "Mak Nyah" ini melakukan solat seperti yang dilakukan oleh seorang wanita lebih2 lagi di dalam Masjid/Surau. Kerana itu adalah perbuatan yang terlarang. Sila fahamkan kenyataan ini.. "Orang lelaki di HARAM kan untuk memakai anting2,gelang, perhiasan emas dan sebagainya yang menampakkan seperti seorang WANITA . " Jadi, apakah tidak salah jika seorang lelaki itu dibenarkan untuk berlagak seperti seorang perempuan?? Gaya hidup seperti seorang perempuan... Sangat bertentangan dengan Undang2 Syariah Islam.

Memang betul ada yang mengatakan yang mereka tidak minta untuk dilahirkan seperti itu. Tetapi kita sebagai manusia,hamba Allah yang mengaku bertuhankan Allah dan beragama Islam tidak patut memberikan alasan sebegitu.. Kita dikurniakan akal supaya kita dapat berfikir. Yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram. Tidak patut kalau dihalalkan apa yang haram dan tidak patut diharamkan apa yang halal. Tidak berdosa kalau seseorang lelaki itu berpewatakan lembut dan sopan santun seperti seorang wanita jika sejak dilahirkan sifatnya memang begitu dan melakukan ibadat mengikut cara seorang lelaki. Tetapi apa yang menjadi salahnya ialah apabila seorang lelaki ingin mengubah ciptaan yang telah Allah kurniakan kepadanya dan bertukar menjadi seorang perempuan serta mengamalkan ibadah dengan mengenakan telekung dan sebagainya. Adakah solat anda diterima ??? Benar.... Kita bukan siapa2 yang berhak mempersoalkan adakah ibadah seseorang itu diterima atau tidak kerana itu semua kerja Allah tetapi kita sebagai hamba-Nya kena percaya bahawa setiap janji Allah itu PASTI ! Syurga adalah tempat bagi orang2 yang BERIMAN kepada-Nya, dan Neraka adalah tempat bagi orang2 yang INGKAR terhadap-Nya. Adakah "Mak Nyah" seperti yang dikatakan tadi tergolong dalam golongan orang2 yang beriman ? Bukankah dia ingkar terhadap larangan Allah yang mana tidak membenarkan sebarang perubahan pada ciptaan-Nya??? Kita ada jawapannya.. Carilah di dalam Al-Quran ataupun rajinlah bertanya kepada yang lebih arif mengenainya.. Sama-samalah kita muhasabah diri dan terus istiqamah kepada Allah .. In sha Allah, amin... :)

Akhir kata, ampun dan maaf saya hulurkan kerana seperti yang saya perkatakan di awal permulaan tadi, saya juga adalah seorang insan yang tidak lari dari melakukan dosa dan kesalahan. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan dalam kenyataan saya tentang Islam,harap diampunkan dan dapat diperbetulkan. Amin ..









#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

Monday, 21 July 2014

Upset with Myself !!

Hi all .. Lately ni I've got a lot problem yg jadi kat office . Like seriously, I wanna cry .. Sometimes rase macam nak benti keje je . Can't stand with all of this shit ! But aku x boleh terus mengalah .. Aku tak nak dengan cara tu akan buat orang pandang aku lagi rendah . But for me , it's normal la kalau newbie buat silap . Yang lame kena lah ajar yang baru selok belok kerja yang kau bagi . Don't expect that I can learn so fast without kau ajar aku .. Sekarang ni rasa malu,bengang and sedih semua ada dalam diri aku . I hate these kind of feeling .

Tapi aku sedih and bengang jugak dengan diri aku ni, sometimes . Kenapa mcm lambat sangat nak adapt dengan satu2 situasi tu . Susah sangat ke ? Ape masalah aku sebenarnye ????? Ya Allah .. Sumpah , aku x dapat tanggung semua ni . Memang la ini baru permulaan , tapi aku x pasti dengan apa yang aku buat ni . What's wrong with me ????? Orang lain tengok aku macam bodoh je ! Geram je dengan prestasi kerja aku tapi apa aku bole buat ? Kau tak ajar aku detail , lpas tu kau nak harapkan aku EXPERT buat semua kerja-kerja yang aku tak tahu . Tolong-menolong la sikit .. Aku x boleh ingat seribu perkara dalam satu masa ! Susah la bekerja dengan orang yang pentingkan diri macam ni . Kenapa la hidup aku selalu macam ni ??








#Tahun bersedih untuk aku agaknye (T_T)

Thursday, 17 July 2014

MH17 Sah Terhempas,Semua Terkorban

Assalamualaikum.. Pagi ni kita semua telah dikejutkan tentang berita mengenai pesawat MH17 yang bertolak daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 280 orang penumpang dan 15 anak kapal ditembak di antara zon konflik Rusia-Ukraine dan terhempas di sempadan Rusia . Berita disiarkan Astro Awani pada jam 12.15 tengah malam (18/07/2014) . Pesawat telah disahkan terbakar dan terhempas serta 100 orang mayat telah ditemui terdampar . Penumpang Malaysia disahkan seramai 28 orang (termasuk 2 orang bayi) manakala 154 orang daripada Belanda . Tragedi MH17 selang 4 bulan sahaja dengan MH370 . Innalillahhiwainnalillahhiroji'un .. Pesawat MH17 sepatutnya dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi namun telah terputus hubungan dengan MAS pada jam 11.30 malam tadi .

Pesawat tersebut ditembak menggunakan peluru berpandu The Buk Missile yang boleh bergerak sejauh 85 kilometer dan boleh menghancurkan 2 buah kapal terbang dalam satu masa . Berikut adalah gambar peluru berpandu yang digunakan .

  
 
Dipercayai ditembak oleh pihak pemisah Ukraine , namun dinafikan pihak Ukraine kerana mereka tidak mempunyai peluru yang begitu canggih . Hanya Rusia yang mempunyai senjata tercanggih dan dipercayai peluru tersebut milik Rusia . Segalanya masih di dalam siasatan . Motif pesawat komersial Malaysia ditembak masih belum diketahui malah pihak berkuasa juga telah mengesahkan bahawa kawasan yang direntasi Malaysia Airlines bukanlah kawasan yang dikhabarkan sebagai Red Zone .


Berikut adalah beberapa gambar pesawat MH17 yang telah hancur dan mayat yang bergelimpangan .



  


Ini pula adalah kenyataan daripada Ukrainian Separatist...


Namun dinafikan oleh pihak Rusia dan Ukraine bahawa merekalah yang bertanggungjawab melepaskan peluru tersebut . Adakah kenyataan ini bermaksud bahawa merekalah yang melepaskan peluru berpandu tersebut ataupun kenyataan ini adalah kerana mereka sudah menjangkakan perkara-perkara buruk akan berlaku sekiranya mana-mana pesawat terbang melintasi kawasan konflik tersebut ??? Tiada jawapan pasti yang dapat disahkan sekarang ini .Ini merupakan satu peristiwa yang sangat tragis . Belum sempat masalah MH370 diselesaikan,kini sekali lagi MAS menerima tekanan hebat ! Diharapkan pihak berkuasa Malaysia dapat melakukan penyiasatan secepat mungkin dan membawa pihak yang perlu bertanggungjawab ke atas MH17 dibawa ke muka pengadilan ! Amin .. Sama-samalah kita berdoa disamping terus mengikuti perkembangan MH17 ini .



#PrayForMH17#PrayForGaza#PrayForMH370#









Tuesday, 8 July 2014

Jatuh Kat Tempat Sendiri



Holla everybody ! May you have a good day .. Kecoh pasal bola sekarang ni . Kali ni menampilkan Brazil sebagai tuan rumah . Tapi sayangnya, Brazil dah pun malu dan 'jatuh' kat tempat sendiri lepas Jerman belasah habis-habisan 7-1 ! Good job , Jerman ! Walaupun aku sokong dua2, aku tetap x leh trima yang Brazil leh kalah sampai mcm tu sekali. Well,as known Brazil ni bukanlah diantara team2 yang lemah longlai tu . Tapi nak buat mcm mane an , da rezeki Jerman. Skang ni memang tgh dok kecoh la kat fb tu. Sakit pulak ati kite membacanya... 
                                         



                                                                                   Macam biasa la .. Orang yang tak main ni lagi beriye drpd dorang yg jadi football player tu . Setakat duduk depan tv, pegang bantal pastu jerit2 , nak buat hapee ?? X de hasil ! Yang kau tau,kutuk orang je . Rezeki masing2 beb ! Sembang nak berentam .. "Main mcm budak kampung la , mcm main futsal la , sebab x de Neymar la ..." Wehh,adik2 ,abang2 dan sekutu dengannya.. Kalau kau pun kaki bangku , x payah nak comment orang beriye mcm tu sangat ! Cube letak kau atas padang tu ... Bukan bola yang kau sepak, rumput yang tebas .. Even kau reti main bola sekalipun , I'm sure yang kau x sebagus dan x setanding dengan dorang . Kalau tak , msti kau dah jdi yg sebaris dengan pemain2 antrabangsa tu kan ?? hahahaahaha ... SEDIHHHH !!!! Kau duduk je depan tv tu bole la kau cakap dorang ni sayur ape smue . Kau bkan kat tempat dorang or ada dlm situasi dorg . Bukan senang beb main depan ribuan/jutaan penonton dan penyokong. Lagi2 pegang amanah besar penyokong2 untuk dpatkan kemenangan.

Kita jadi orang ni jangan cepat nak judge orang lain je . Tengok diri sendiri dulu . Layak ke kau nak comment pemain2 INTERNATIONAL sebegitu rupa ?? Kalau betul pun dorang kalah disebabkan Neymar tak dpat main,at least dorang cuba . Takde pulak dorang tarik diri kan ?? Dorang bermati-matian main kat atas padang tu, yang korang ni sedap je dok mengutuk ! Tau tak risiko untuk dorang ni mati atau cedera parah tu tinggi ??? Neymar sendiri pun dah retak tulang belakang . Cuba letak korang2 yang mulut puaka ni . Mesti lagi hancuss ... Silap2 mati kene pijak tak .. Maklum laa .. Pemain2 luar negara ni badan besor2 .. Nak2 lagi awang2 hitam ni .. hahahaha ..

      Tapi ada satu benda yang buat aku selalu tertanya2. Kenapa orang putih ni kalau kalah game je , mesti penyokong2 dia emo giler2 .. Sampai nangis2 bagai . Aku faham la sebab kalah, tapi it's just a game . Next time bole repeat balik. Maksud aku, x kan la sampai obses gile kot . Kalau player2 dia yang menangis sebab kalah tu, aku faham sesangat la kan sbb dorng yang berhempas pulas kat atas pdang selama ni . Tapi tak pe lah . Mungkin macam tu cara dorang nak tunjukkan rasa simpati dan sokongan mereka pd player2 ni . Cume aku je la yg rase peliknya sebab kalau aku, x de la nak nangis2 ni . Lain la kalau ade benda2 sedih jadi kat family aku , tu mmg aku akan menangis la ...Whatever lah .. Apa2 pun,CONGRATS Germany !! Aku tetap sokong Jerman and Brazil . Well done for both team .. And stay strong,Brazil . You still have your supporters ..

   










#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#