WELCOME TO MY PAGE

Tuesday, 12 August 2014

Hari Kiamat - Sediakah kita ??

Assalamualikum w.b.t ..
Semoga sejahtera hidup kita hendaknya... Amin !

Syukurlah kita ke hadrat Allah S.W.T di atas peluang yg Dia berikan untuk terus menghirup udara-Nya, melihat kebesaran dan keindahan ciptaan-Nya, bersujud kepada-Nya dan segala-galanya yg mendatangkan ibadah dan nikmat kepada kita. In sha Allah, amin.

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Tidak kira siapapun yg memberi, terima lah ia walau dtgnya dari seorang Pelacur sekalipun asalkan ilmunya itu adalah tepat.Mungkin apa yg mereka tahu,kita tidak tahu. Dan mungkin juga sebaliknya. Itulah gunanya perkongsian ilmu. :)

Cuba kita bayangkan,dunia tanpa ilmu. Apa yg akan terjadi kepada bumi,manusia,makhluk dan segala-galanya??? Allah s.w.t sangat hebat dlm mencatur setiap pergerakan. Allahuakbar ! Setiap kali saya mengenangkan dosa-dosa saya,hati mula sebak. Terlalu byk perkara ttg Islam yg sy masih jahil walaupun saya dilahirkan sedia ada dlm keluarga Islam. Masya-Allah. Malunya utk mengaku sbgai Islam di depan mereka2 yg baru memeluk Islam. Ini kerana pengetahuan mereka nmpaknya lebih drpd apa yg sy ada. Subhanallah.. Saya pernah melakukan dosa2 besar apatah lagi dosa kecil. Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak akan lari dri melakukan dosa. Cuma kadang2 kita tidak menyedarinya. Hari demi hari, minggu demi mnggu,tahun demi tahun dan dekad demi dekad... Usia kita semakin meningkat. Akan tetapi, tidaklah mati itu menunggu usia kita utk mencecah 80 ke atas. Ia akan dtg pd bila2 masa yg dikehendaki-Nya.

Pernahkah terdetik di hati dan fikiran kita , bagaimana agaknya suasana di saat tiba masa (Kiamat) itu nnti ? Pernahkan terbayang di mata, bagaimana seksanya azab neraka jahanam ?? Pernahkah terbayang, bagaimana kita,ahli keluarga, mahupun sahabat kita diheret dan diseret ke dalam api neraka ?? Allahuakbar ! Subhanallah ! Masya-Allah ! Sungguh berat seksaannya.. Sekalipun kita tidak pernah dpt membayangknnya, tapi yakinlah bahawa ianya mmg tidak boleh digambarkan atau dizahirkan dgn kata2 bahawa keperitan seksaan itu sememangnye tidak terperi... Sepanjang hayat kita, apakah amalan yg kita lakukan ? Adakah mencukupi amalan ibadah kita? Apakah kita sudah bersedia menemui Allah s.w.t ??? Atau adakah kita tidak kisah jika nyawa kita diambil ketika kita masih belum bertaubat, masih belum punya amal ibadah yg mencukupi utk dijadikan bekalan di akhirat kelak ? Tidak ! Tiada siapa pun yg mahukannya.Akan tetapi juga, masih ada juga yg ingkar terhadap suruhan-Nya dan larangan-Nya.

Tidakkah kita takut kepada Allah sdangkan di dunia kita rase takot jika dimarahi ayah,ibu,bos,adik beradik,pihak berkuasa dan juga teman lelaki/wanita? Tidakkah kita malu pada Allah sdangkan di dunia kita malu utk mnutup aurat krna bimbang dianggap kolot dan tidak bergaya???  Bahkan kita tidak malu mempamerkan aurat kita kpd yg haram melihat dan menyentuhnya! Tidakkah kita cinta dan syg kpd Allah seperti mana kita mencintai seseorang / manusia lain sdngkan di dunia bgtu ramai org yg kita cintakan dan sayang??? Tidak bolehkah kita mengikut perintah Allah seperti mana di dunia kita selalu menurut arahan dan permintaan kekasih kita??? Sudah terlalu banyak petanda Hari Kiamat akan muncul tidak lama lagi. Tetapi, adakah kita menyedarinya wahai manusia ....???? Apakah perlu ditunjukkan bagaimana rupanya azab seksaan itu barulah kita akan bertaubat ?? Jangan ... Sesungguhnya kita pasti tidak sanggup untuk melihatnya. Ngeri !! Cukuplah jika kita yakin akan janji Allah.

Jika ditanya kepada mereka yg lebih alim drpd kita , adakah mereka sudah siap sedia atau tidak untuk menghadapi Hari Kiamat... Pasti setengah drpd mereka akan jawab ,"YA" kerana mereka telah mempersiapkan diri utk menemui Allah. Sesungguhnya,itu lah yg mereka tunggu kerana tidak ada apa lagi yg membahagiakan mereka selain drpd bertemu sang pencipta. Tpi setengah lagi mungkin akan berkata "TIDAK" meskipun dia adalah tergolong dlm golongan org2 alim. Ini kerana mereka merasakan bahawa byk lagi perkara yg perlu mereka pelajari,perbaiki dan perbanyakkn utk dijadikan bekalan akhirat. Tapi kita ?? Apa yg akan kita jawab jika ditanya begini ?? Jawab Ya, apa amalan yg kita ada ? Byk mana ? Benar atau terpesong ? Jawab Tidak, tiada pula kita cuba utk melakukan ibadah solat dan lain2.

Namun,saya tetap akan jawab TIDAK bersedia kerana saya masih lagi ibarat setitik air didalam sebuah gelas. Saya doa agar Allah tarik nyawa saya sesudah saya bertaubat nasuha. Tetapi saya juga perlu usahakan itu agar saya tidak terus hanyut di dalam dunia yg fana dan sementara ini. In sha Allah,amin ... Jawapan anda, ada pada diri anda sendiri... Semoga kita semua mendapat hidayah dri Allah s.w.t dan menjadi insan yg soleh dan solehah sebelum menutup mata. Amin.....



Allahhuakbar !
Allahhuakbar !
Allahhuakbar !





#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

No comments:

Post a Comment