WELCOME TO MY PAGE

Friday, 22 August 2014

Selamat Pulang Penumpang MH17

  
Hari ini merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh ahli keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia yg prihatin terhadap tragedi yg menimpa MH17 sebulan yang lalu. Akhirnya, jenazah selamat tiba di Malaysia pagi tadi. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan segalanya. Walaupun yg dibawa pulang hanyalah seramai 20 orang sahaja buat masa kini. Dijangka yg selebihnya akan dibawa pulang pada Ahad ini.Siapa sangka pemergian mereka akan menjadi begitu tragis dan sangat menarik perhatian umum termasuk negara-negara luar. 

Namun tidak terlepas juga dari pelbagai kutukan,cacian dan tohmahan yg dilemparkan. Ada yg mempersoalkan apakah jasa jenazah-jenazah ini hingga disanjung dan disambut dengan begitu gah sekali. Bagi saya, tidaklah menjadi satu dosa untuk jenazah-jenazah ini diberi penghormatan biarpun tiada apa yg dilakukan. Saya tidak ada apa-apa jawapan untuk soalan "mengapa prajurit2 yg syahid di Lahad Datu tidak diberi penghormatan sebegini"... Apa yg saya boleh katakan adalah, kita semua manusia biasa yg tidak lari dari satu kesalahan sekalipun. Mungkin khilaf kerajaan di situ. Maafkanlah... Tidak perlu untuk diperbesarkan. Yang pergi tetap pergi. Tidak kira bagaimana cara dia mati ataupun bagaimana dia diberi penghormatan. Semuanya sama saja, akan ditanam ke dalam tanah juga akhirnya. Jika keluarga kita sendiri terlibat di dalam MH17 itu, saya pasti kita juga tidak akan mempertikaikan tentang pengiktirafan yg diberi.. Apa yg perlu kita lakukan sekarang ialah berdoa semoga mereka tenang di sana dan kita hanya perlu redha dgn segala ketentuan Allah s.w.t.


Suasana sayu hari ini memilukan lagi hati semua rakyat Malaysia yg sentiasa mengikuti perkembangan MH17. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan semoga mereka damai di alam sana. Bagi ahli keluarga mangsa dan kita semua yg masih hidup, teruskanlah perjuangan hidup anda biarpun tanpa org yg disayang disisi. In sha Allah . Amin.

Tuesday, 12 August 2014

Hari Kiamat - Sediakah kita ??

Assalamualikum w.b.t ..
Semoga sejahtera hidup kita hendaknya... Amin !

Syukurlah kita ke hadrat Allah S.W.T di atas peluang yg Dia berikan untuk terus menghirup udara-Nya, melihat kebesaran dan keindahan ciptaan-Nya, bersujud kepada-Nya dan segala-galanya yg mendatangkan ibadah dan nikmat kepada kita. In sha Allah, amin.

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Tidak kira siapapun yg memberi, terima lah ia walau dtgnya dari seorang Pelacur sekalipun asalkan ilmunya itu adalah tepat.Mungkin apa yg mereka tahu,kita tidak tahu. Dan mungkin juga sebaliknya. Itulah gunanya perkongsian ilmu. :)

Cuba kita bayangkan,dunia tanpa ilmu. Apa yg akan terjadi kepada bumi,manusia,makhluk dan segala-galanya??? Allah s.w.t sangat hebat dlm mencatur setiap pergerakan. Allahuakbar ! Setiap kali saya mengenangkan dosa-dosa saya,hati mula sebak. Terlalu byk perkara ttg Islam yg sy masih jahil walaupun saya dilahirkan sedia ada dlm keluarga Islam. Masya-Allah. Malunya utk mengaku sbgai Islam di depan mereka2 yg baru memeluk Islam. Ini kerana pengetahuan mereka nmpaknya lebih drpd apa yg sy ada. Subhanallah.. Saya pernah melakukan dosa2 besar apatah lagi dosa kecil. Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak akan lari dri melakukan dosa. Cuma kadang2 kita tidak menyedarinya. Hari demi hari, minggu demi mnggu,tahun demi tahun dan dekad demi dekad... Usia kita semakin meningkat. Akan tetapi, tidaklah mati itu menunggu usia kita utk mencecah 80 ke atas. Ia akan dtg pd bila2 masa yg dikehendaki-Nya.

Pernahkah terdetik di hati dan fikiran kita , bagaimana agaknya suasana di saat tiba masa (Kiamat) itu nnti ? Pernahkan terbayang di mata, bagaimana seksanya azab neraka jahanam ?? Pernahkah terbayang, bagaimana kita,ahli keluarga, mahupun sahabat kita diheret dan diseret ke dalam api neraka ?? Allahuakbar ! Subhanallah ! Masya-Allah ! Sungguh berat seksaannya.. Sekalipun kita tidak pernah dpt membayangknnya, tapi yakinlah bahawa ianya mmg tidak boleh digambarkan atau dizahirkan dgn kata2 bahawa keperitan seksaan itu sememangnye tidak terperi... Sepanjang hayat kita, apakah amalan yg kita lakukan ? Adakah mencukupi amalan ibadah kita? Apakah kita sudah bersedia menemui Allah s.w.t ??? Atau adakah kita tidak kisah jika nyawa kita diambil ketika kita masih belum bertaubat, masih belum punya amal ibadah yg mencukupi utk dijadikan bekalan di akhirat kelak ? Tidak ! Tiada siapa pun yg mahukannya.Akan tetapi juga, masih ada juga yg ingkar terhadap suruhan-Nya dan larangan-Nya.

Tidakkah kita takut kepada Allah sdangkan di dunia kita rase takot jika dimarahi ayah,ibu,bos,adik beradik,pihak berkuasa dan juga teman lelaki/wanita? Tidakkah kita malu pada Allah sdangkan di dunia kita malu utk mnutup aurat krna bimbang dianggap kolot dan tidak bergaya???  Bahkan kita tidak malu mempamerkan aurat kita kpd yg haram melihat dan menyentuhnya! Tidakkah kita cinta dan syg kpd Allah seperti mana kita mencintai seseorang / manusia lain sdngkan di dunia bgtu ramai org yg kita cintakan dan sayang??? Tidak bolehkah kita mengikut perintah Allah seperti mana di dunia kita selalu menurut arahan dan permintaan kekasih kita??? Sudah terlalu banyak petanda Hari Kiamat akan muncul tidak lama lagi. Tetapi, adakah kita menyedarinya wahai manusia ....???? Apakah perlu ditunjukkan bagaimana rupanya azab seksaan itu barulah kita akan bertaubat ?? Jangan ... Sesungguhnya kita pasti tidak sanggup untuk melihatnya. Ngeri !! Cukuplah jika kita yakin akan janji Allah.

Jika ditanya kepada mereka yg lebih alim drpd kita , adakah mereka sudah siap sedia atau tidak untuk menghadapi Hari Kiamat... Pasti setengah drpd mereka akan jawab ,"YA" kerana mereka telah mempersiapkan diri utk menemui Allah. Sesungguhnya,itu lah yg mereka tunggu kerana tidak ada apa lagi yg membahagiakan mereka selain drpd bertemu sang pencipta. Tpi setengah lagi mungkin akan berkata "TIDAK" meskipun dia adalah tergolong dlm golongan org2 alim. Ini kerana mereka merasakan bahawa byk lagi perkara yg perlu mereka pelajari,perbaiki dan perbanyakkn utk dijadikan bekalan akhirat. Tapi kita ?? Apa yg akan kita jawab jika ditanya begini ?? Jawab Ya, apa amalan yg kita ada ? Byk mana ? Benar atau terpesong ? Jawab Tidak, tiada pula kita cuba utk melakukan ibadah solat dan lain2.

Namun,saya tetap akan jawab TIDAK bersedia kerana saya masih lagi ibarat setitik air didalam sebuah gelas. Saya doa agar Allah tarik nyawa saya sesudah saya bertaubat nasuha. Tetapi saya juga perlu usahakan itu agar saya tidak terus hanyut di dalam dunia yg fana dan sementara ini. In sha Allah,amin ... Jawapan anda, ada pada diri anda sendiri... Semoga kita semua mendapat hidayah dri Allah s.w.t dan menjadi insan yg soleh dan solehah sebelum menutup mata. Amin.....



Allahhuakbar !
Allahhuakbar !
Allahhuakbar !





#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

Monday, 4 August 2014

Gadis Kebaya

Assalamualikum , hai ...Apa khabar la ye korang2 ni ?? Arap2 sihat lah hendaknye . Ok, I think masih belom terlambat kot untuk wish 'Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014' !! Da masuk syawal yg ke 9 dah hari ni. Alhamdulillah .. Allah masih panjangkan usia kita semua. Beraya sakan ke tidakkkk kome2 ni ?? huhu .. Tapi aku sedih sikit sebab raya ni tak berkesempatan lagi nak ziarah kubur arwah atok. Biasenye raya 1st da terpacak kat kubur tu... 2 Ogos lepas genaplah 7 tahun pemergiannya.. Apa2 pun , moga arwah atok tetap dalam rahmat Allah s.w.t . Amin..

Let's begin.. Tentang gadis kebaya ni, rasenye ade yg dah sedia maklum tentang keberanian dia dduk di bangunan tinggi semata-mata untuk mengambil gambar yang menyampaikan mesej ' Save Gaza ' . Macam biasalah kan, orang Malaysia ni kalau tengok gambar, tak comment yg bukan2 memang x sah ! Ade je yg digaduhkan. Herannn betul aku ! Ok, jap eh .. Nak tunjuk gmbar gadis kebaya yang comey loteyy tuuu...




Hahh ! Tu diaaa .. rare ke tidakkk ?? Ade bran ke ngkome2 ni ? haha .. Uihhh , terkemut2 nanti nak memanjat . Aku tengok bawah dari tingkat 7 pon dah gayat. Tapi nampak mcm seronok kan sebab dapat merasa tengok pemandangan dari atas nun ... Haa,jap g ada la mulut2 puaka yg kata aku bodoh nanti sebab aku kua kan statement 'seronok' tu !! Lantakkknye situuu .. Hal aku, aku laa .. Sebokkk !! Orait2, membebel je .. Cite x start2 jugekk ye dakk ?? Ni haa ... Pompuan yg berani telah dikutuk oleh sesetengah dan sesetepi sikit orang Malaysia yg dengki agaknye sebab dia x de idea mcm pompuan ni. Adayg kata pompuan ni bodo lah,gila glamour la ... Mcm2 lagi.. Bukan aku kata eh, orang kata... Uiihh .. Tang tu pun ramai la Ustaz2 n Ustazah2 x berpendidikan yg klua. Mcm2 la yg dia sekolahkan .. Choiiiiiii !!! Biaq pi budak tu la nak amek gambaq lagu mana pon . Kot mana dia nak duduk pon, biaq pi la asal dia bahagia. Dia sendiri tak risau yg korng ni pulak yg lebih2 kenapa ??? Senakkkk sgt tu dah kenapeee ?? Actually, dia bukanlah bodoh sprti yg dikatakan.. For me, she's clever. She show us the meaning of KEBERANIAN ! Dia menunjukkan mesej yg dia tak takut mati walau berada di tempat tinggi. Itu maknanya , dia juga tak takut mati untuk berjuang mempertahankan Gaza !

Ada paham kaa ituu ??? Fahamkan sendiri gambar tu n maksud dia, baru dtg boh comment ! Bute ke ape ? Tak nampak dia pegang poster Save Gaza tu ?? Kalau korang fikir mcm mne aku fikir, korang akan sokong tindakan dia. Ok lah , mmg betul dia membahayakan nyawa. Dan Islam pun melarang manusia daripada membunuh atau mencederakan diri sendiri. Tetapiiiii ..... niat dia bukanlah utk bunuh diri or sakitkan diri dia,niat dia utk sampaikan mesej yg baik. Andai kata dia tergelincir then mati lah time tu, itu dah ajal dia. So, nak x nak dia kena terima lah jugak. Banyak sebenarnya mesej yg kita boleh dpt dlm gmbr tu kalo kite berfikiran positif. Mcm yg org selalu sebut tu la .. Ada 1001 cerita dlm 1 gmbar. Motifnya kat sini, dia nak tunjukkan wlaupun dia seorang gadis lembut yg hnya memakai kebaya tapi dia tetap berani ! Cube suruh gangster2,abg2 sado n mat2 rempit yg kononnya berani mati tu panjat, belum tentu dia nak wehh !! Dia jugak nak ajak kite semua utk jd lbih berani mcm dia , bukan utk pnjat bngunan tggi tu.. Tapi utk berjuang menegakkan keadilan dan membawa keamanan pada Gaza . Faktor usia ataupun jantina bukanlah penghalang dan sesuatu yg kita rasa mustahil tu sebenarnya bukanlah mustahil pun kalau kita pegang pada pepatah - Nak,1000 daya.. Tak nak, 1000 dalih- Ok, malas nk ulas pnjng lebar. Biase lah manusia,  bkan semua setuju dgn apa yg kita suarakan . Masing2 ade pendapat sendiri. Tak salah menegur apatah lagi tujuan menegur itu adalah untuk kebaikan . Tapi , perbaiki la cara teguran tu.. Jgn la smpai nak 'bodoh2kan' org mcm kita ni da sempurna sgt je sifatnye. Muhasabah la balik diri kite ni ye .. Salam







#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#