WELCOME TO MY PAGE

Thursday, 12 February 2015

Damailah Dikau...

Assalamualaikum, warga dunia.. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam limpahan rahmat yang Maha Esa. In sha Allah..

Seperti yang semua maklum, tanggal 12 Feb 2015 merupakan hari yang sayu buat kita. Perginya 2 insan yang amat dekat di hati rakyat Malaysia iaitu Datuk Hj. Hasbullah Awang dan juga Tok Guru Nik Aziz. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang sangat dikagumi. Arwah Datuk Hj. Hasbullah Awang ialah seorang pengulas sukan yang terkenal dengan keunikan suaranya dan juga 'ayat-ayat' beliau yang mencuit hati para pendengar dan penggemar sukan. Pastinya kepergiannya tiada pengganti yang dapat menandingi gelaran Pengulas Sukan Tv Terbaik.

Namun, kesedihan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ. Malam pada hari yang sama, Malaysia digemparkan dengan berita pergi nya seorang Ulama yang disegani,disanjung dan diakui kehebatannya dalam memperjuangkan agama Islam tercinta. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati ni tatkala mengenangkan ke mana hala tuju Umat Islam selepas ni dengan ketiadaan seorang hamba yang benar-benar membawa Islam ke aras yang lebih tinggi. Memang ramai lagi yang mahir ilmu agama, tapi entah kenapa kehilangan beliau seakan-akan merentap seluruh hati Umat Islam bahkan juga yang bukan Islam.

Tapi, Cik Iez kesal  jugak dengan segelintir rakyat Malaysia yang tak pernah habis dengan cerita Politik tu. Tak kena tempat dan tak kena masa untuk kita sembangkan benda-benda macam tu. Tak sesuai tatkala ucapan takziah diiringkan tapi terpalit sama isu politik yang pernah terjadi antara arwah TGNA dengan parti politik yang lain. Mana letaknya sensitiviti kita sebagai Umat Islam. Malu sangat ! Sedangkan orang yang bukan Islam pun turut menghormati beliau tapi kenapa tidak Umat Islam sendiri ??

Sudah-sudahlah.. Jangan jadikan alasan 'Manusia Tak Pernah Lari Dari Membuat Kesilapan' tu sebagai penghalang untuk kita terus melakukan kebaikan. Adakah kita teringin merasa bila kita mati nanti, bukannya orang sibuk-sibuk sedekahkan doa, sebaliknya mengutuk,mengumpat dan membincangkan isu politik?? Itu ke yang kita nak ? Jangan juga kita persoalkan dan pertikaikan ucapan takziah dan doa orang yang sering berbalah pendapat atau sering bertelagah dengan arwah TGNA sewaktu hayatnya kerana mungkin doa dia yang Allah s.w.t dengar dan angkat berbanding doa kita yang kononnya tulus ikhlas. Kuasa Allah ! Tiada siapa yang mampu tandingi dan tidak ada siapa pun yang tercapai di akalnya tentang berapa besarnya kuasa yang Allah s.w.t miliki. Sebaiknya kita sebagai umat Islam haruslah terus mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi agar sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t daripada seksa neraka. Sesungguhnya senjata umat Islam itu adalah DOA . Semoga kita semua diberi pengampunan dan hidayah daripada Allah s.w.t yang Maha Esa .






#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

Wednesday, 11 February 2015

Politik Sampai Mati

Assalamualaikum.. Hey guys . How are you ? :)
Harap2 pagi ni kita tak disemakkan lagi berita pasal 'Poltik' and apa2 yg berkaitan dengannya ..
Bukan apa,cuma kadang2 bosan bila tengok ramai sgt yg cuba jadi 'pemberi hujah yg bertauliah' . kononnyeee !

6 years .. 6 years ok, cerita psal isu liwat x habis2. Ramai yg mempertikaikan sistem perundangan dan kerajaan Malaysia. Hello, igt senang ke nak dpt even satu keputusan ? Ini isu yg besar. It's about MARUAH ! Pihak mahkamah perlu bukti2 yg kukuh utk buat sesuatu keputusan. And plus, bukan DSAI je yg ade masalah yg dikemuka di Mahkamah.. In facts, berjuta lagi manusia yg ade problem. So, diorang x bole buat kptusan utk suka2 hati menjatuhkan hukuman pd yg tertuduh. Study balik benda tu k ???

Cik Iez xtau apa2 tentang permainan politik di Malaysia. So, Cik Iez tak menyokong mana2 pihak. I'm free .. Cuma tak puas hati dengan manusia2 yg berlagak pandai n tahu semua yg berlaku di Malaysia ni. Ada yg kata PM x buat kerja, makan rasuah, makan duit rakyat.. Ada yg kata DSAI bersalah,ada jugak yg kata tak salah.

Ok , macam ni lah. Keputusan mahkamah pun dah dikeluarkan. Mana2 yg tak setuju tu, cuba bawak2 bertenang. Mungkin betul ini semua konspirasi kerajaan,atau mungkin juga tidak.. Tapi yang sebenar-benarnya.... Kita tau tak apa yg selama dorang kerjakan, apa yg dorang rancangkan n apa yg dorang bualkan ??? Jawapannya , TIDAK ! Kita tidak duduk semeja mahupun sebumbung dengan mereka. Kita sendiri tidak dpt membaca hati mereka. Jadi kita x boleh tuduh melulu. Sama juga dgn DSAI .. Kita xtau samada dia benar2 buat perbuatan terkutuk itu ataupun tidak. Kita cuma yakin dgn rasa hati kita sahaja. Kadang2 ikut kata hati sendiri tu pun boleh memakan diri. Jadiiii ???

Pernah dgr tentang seorang USTAZ yg berubah kelakuan menjadi seorang yg bertentangan dengan gelarannya? Pernah dgr tntang seorang USTAZAH yg berkhalwat dgn lelaki yg bukan suaminya? Pernah dengar tntang Raisyah Rania (FY) yg dulunya seorang model Cina tiba2 berpakaian kurung? Pernah dengar tntang seorang Perogol kemudiaanya menjadi seorang yg sngt taat pd perintah Allah ? Semua kemungkinan boleh terjadi. Kalau ada yg tak faham maksud saya disini, maafkan saya. Ini hanyalah 'contoh' atau 'perumpamaan' bahawa setiap yg kita lihat baik pd kita itu tidak semestinya baik. Dan setiap yg kita lihat jahat itu tidak selamanya jahat.

Perumpamaan ini boleh berpihak pd DSAI dan boleh juga pd Kerajaan. Kedua-duanya sama rata. Ada yg memandang buruk pd DSAI dan Kerajaan. Namun, ada juga yg mnyokong DSAI dan Kerajaan. Maknanya di sini, kita tak boleh menilai dari luaran sahaja. Andai benar, DSAI bersalah.. Dia sudahpun dipenjarakan. Namun, jika benar Saiful berbohong dan terlepas, jangan kita cepat melenting dan bertindak melulu. Ingat ! Bahawa kita masih ada Allah s.w.t dan kita juga ada mahkamah akhirat. Biar Allah s.w.t shja yg menentukan segala-galanya. Kita di sini hanya mampu berdoa dan lakukan yg terbaik. Dan Cik Iez rasa , tak perlu utk bawa isu ini ke dlm kancah Politik. Habis segala-galanya nak dipolitikkan. Rimas !

Ramai yg berkata-kata isu liwat ni adalah agenda utk menjatuhkan karier DSAI dlm bidang politik. Maaf ! Cik Iez nak mintak sekali lagi utk tidak mengaitkan semua ni dgn politik. Bole tak rehat sekejap ? Kita terlalu rapuh dan sudah berada di ambang kehancuran bila isu politik di buka. Melayu dengan Cina bergaduh, Melayu dengan India bergaduh, Melayu dengan Melayu pun boleh bergaduh. Semua ni sebab apa ? Sebab kuasa . Kuasa apa ?? Kuasa di dlm parti politik ! Yes.. Kalau x setuju dgn apa yg Cik Iez ckp ni, terpulang...

Tujuan Cik Iez tulis blog ni adalah untuk mengingatkan sesama manusia dan saudara.. Agar tidak cepat menunding jari pd mana-mana pihak. Kita tidak tahu walau sebesar zarah sekalipun apa yg orang lain lakukan di belakang kita. Kita tidak pernah tahu apa yang ada di dlm kotak fikiran manusia lain walaupun adik beradik kita yg tinggal sebumbung dgn kita. Mungkin mereka merencanakan sesuatu yg jahat.. atau mungkin sebaliknya ... Tidak semua yg kerajaan buat itu adalah salah, ada betulnya . Dan tidak semestinya bukti yg menyebelahi Saiful itu adalah benar, mungkin juga sebaliknya. Tapi apakah kita manusia biasa ini boleh membaca kehidupan dan baik buruk seseorang itu ?? TIDAK ! Hanya Allah s.w.t yg TAHU SEGALA-GALANYA .. Jadi, angkat dan tadahkan tangan dan terus berdoa kepada-Nya memohon kebaikan di dunia dan di akhirat. In sha Allah, jika kita ikhlas.. Allah akan perkenankan ... Amin.






#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#