Assalamualaikum w.b.t ... Selamat sejahtera and selamat pagi warga2 Malaysia dan seangkatan dengannya . huhu .. Entry kali ni Cik Iez nak post pasal Cik Abang Pujaan Hati .. hewhew (tersipu-sipu siput sedut) :p Terusssss .... hahahah ...
Ok lah, ok lah ! Kite nak start dah ni , uollssss .. Seperti yg semua orang tahu . Zamani Ibrahim adalah vokalis utama kumpulan Slam yg popular sgt dgn lagu Gerimis Mengundang, Nur Kasih dan Mentari Muncul Lagi .. Auuchhh .. Mendayu2, korangggggg lagu2 dia .. Best gile kalau dpt layan kat opis, dlm kete and mlm2 time nak tido . alahaiii . Lentok abis bebbbb !
Tapi baru-baru masing2 x dpt terima kes video dia menyanyi dlm keadaan bergari tu. Kesian betul bila Cik Iez amati raut wajah dia yg mmg nampak malu benor . Ada yg kata, polis tu peminat Zamani dan tujuan dia record video tu hnya utk simpanan dia sebagai peminat je . Alahaiiii .. X logik ! Kalau minat sekalipun, sampai hati ke nak record dia nyanyi dlm keadaan tangan yg nampak jelas bergari dan muka dia menahan malu ??? And one more thing yg menjadi kemarahan orang ramai especially peminat2 Zamani adalah , video tu di UPLOAD ke FB . Semua org termasuk dlm atau luar negara boleh tgok video tu . Ade pulak yg pesan, tlg jgn viralkan vdeo tu tapi tgn dia gatal dok share2 vdeo tu. Ermm, ckp pkai lutut mcm tu lah gayanya..
Ada jugak yg BEBAL sgt gi kaitkan pulak video budak tahfiz baca ayat Al-Quran dalam penjara tu.. Manusia2 oiii .. Video tu xde org nak berbunyi sgt sbb semua dok sibuk puji suara dia dan bacaan dia . Lagipun video tu xde salahnya. Dia tgh mengalunkan bacaan Quran kot.. Yg kes Zamani ni, nmpk muka dia malu. Tambah2 org tau dia ditangkap sebab apa. Masing2 ckp mcm tak pakai otak ! Ehhhh, geram kite ! Kalau difikir2 balik, Zamani ni terkenal bkn dlm Malaysia je malah luar negara.. Bila satu kesalahan dia diviralkan , semua org tau . Semua org kenal dia ! Kan aib tu. Elok2 drpd 10 org yg tau, jdi 10 juta org pulak. Kalau org biasa , dia g mana2 pn blm tntu smua org cam dia. Tapi bkn lah bermaksud kita boleh sesuka hati record2 video yg memalukan mcm tu samada dia org biasa ataupun artis. Masing2 ada MARUAH.
Tapi ada jugak yg dok mengata ke Zamani .. "Amek bnda tu dah kira aibkan diri sendiri la jugak. Yg tu x malu pulak" ?? Eh, nak kata SENGAL kang marah pulak.. Dia amek pun , dia x tnjuk kat org/public mcm yg korg buat.(dok sebar2 video dia kt org lain bg satu dunia tau!) Dia amek pn , tapi dia x pakai duit samun org, curi ke ape. Dia amek pn, dia x pnah lagi cari pasal dgn org. Yes,dia mmg salah sbb kalah dgn benda tu. Tapi, kau bunyi2 kat situ dpt bantu dia pulih ke ? Ckp pandai la . Blum kena kat btg idung sndri .. Cbe kalau fmly kau atau dri sndri yg kene .. Hm, silap2 kau la yg pling bermasalah dlm dunia ni.
Tak lupa jugak , ramai yg bagi sokongan moral kat abang Zamani ni termasuk la rakan2 artis yg lain. Semua hormat dia kott . Sbb selama ni, dia x pernah ada masalah ngn sesapa . Dia ni lemah lembut org nye . Walaupun aku x kenal dia , tapi dari cara penghormatan yg diberi atau sokongan2 semua org n kalau diperhatikan gerak geri dia .. Kita boleh tau perilaku and peribadi dia mcm mana . Very humble and sentiasa baik hati. Sayangnya, cuma disebabkan satu kesalahan dia .. Hilang semua kebaikan yg dia ada pada mata sesetengah org. Tau nak jatuhkan orang je !!
Suara dia pun memang POWER drpd dulu smpai skrg. Masih SAMA ! Sapa2 yg cuba bwk lagu dia mmg x penah ada yg boleh tandingi keberkesanan suara dia yg membawa semua lagu2 dia dgn jayanya. Setiap apa lagu yg dia nyanyi, mesti menusuk ke kalbu.. (cewahhhh) haha .. Tapi , mmg betul pun . That's why la Cik Iez kata dia LEGEND ! Dari dulu smpai skrg, Cik Iez rasa peminat dia belum pnah berkurang lgi la. In facts, makin bertambah. Akhir kata dri Cik Iez sekeluarga, all the best abang Zamani and family , also friends .. Semoga usaha kalian untuk bantu abang Zamani pulih diberkati dan dipermudahkan. In sha Allah, amin. Kami sentiasa mnyokong abang dan mendoakan kebaikan buat abang :) We love you, LEGEND !! <3
*P/S : Sorry Cik Iez x boleh nak share video or gmbar dia semasa dlm tahanan, sebab mengaibkan dia. Kalau Cik Iez buat, maknanya Cik Iez sama je la mcm org2 yg Cik Iez tulis kat atas ni. huhu.. Goodbye , uollsss ...
#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

