Assalamualaikum.
Hai followers :) How was ur day ? Hopefully berjalan lancar k ? Of coz la kannn ? Dah Jumaat pulak . Mesti semua dok sibok plan nak berjalan mana esok and mesti dah excited nak balik dah tu . haha .. Haishhh . Nasib la kuli je . Kalau bos, da lama shoot balik rumah . hehe .. Over pulakkk ..
Sebenarnye, Cik Iez baru lepas temgok video2 gaduh kat youtube tu. Bila dah ade video, mesti ade viewers. Bila da ade viewers, of course ade comments. Hmm .. Yang paling tak best tu , dah semestinya komen2 yang menjatuhkan sesama individu.
Ok, let's continue ..
Since negara kita which is Malaysia ni dah digemparkan dengan mcm2 isu, tambahan pulak negara kita ni ada berbilang kaum, bangsa dan jugak agama .. Makanya , banyak la isu2 sulit yang timbul. Salah satunya , isu PERKAUMAN. Tak tau lah sampai bila isu ni akan berlanjutan. Cina,Melayu dan India tengah sibuk nak menjatuhkan sesama sendiri. Tak macam dulu2 , zaman Malaysia nak mengecap kemerdekaan. Memang ada jugak isu ni timbul tapi sekurang2nya mereka bersatu utk mencapai satu cita2 yang sama iaitu KEMERDEKAAN . But , people nowadays ni .. hmmm .. Susah nak describe. Masing2 dah berpecah belah. Gaduh sana sini. Tak respect antara satu sama lain. I can't see anymore orang yang betul2 memperjuangkan Malaysia. I mean.. Hey, it's our country, u know ?
Belum habis isu dalam kelompok masyarakat sendiri, datang pulak pihak lain yang membawa isu berasingan tetapi masih dalam konteks yg sama. Racist ! Indonesia . I won't say all Indonesian are racist . But certain people yg mana di Malaysia pun begitu juga. Indonesia yg dahulunya serumpun dengan Malaysia. But now ? Look at now . Every each comment I've seen , kedua-duanya sibuk berbalah dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Ada yg kata pihak sana mula dulu, ada yg kata pihak sini mula dulu. Dan balik2 , isu yang sama diputarkan dlm setiap komen.
1 : Malaysia as Malingsia/Malingsial
2 : Melayu Malaysia kuli kaum Cina
3 : Politik Malaysia memalukan
4 : Malaysia curi idea/'something' yg berasal dari Indonesia
5 : Indonesia is Indognesial
6 : Negara paling banyak maksiat
7 : Islam Indonesia rosak
8 : Negara miskin/pengemis
Maafkan Cik Iez kalau perkataan2 atas ni buatkan you all sakit hati . Tapi itulah antara ayat2 yang Cik Iez kerap jumpa bila baca komen2 perbalahan antara Malaysia dan Indonesia. Come on, people . Fighting will never be the best solutions for any problems. Buka mata tu sikit ! Kita sama-sama memerlukan. Malaysia perlukan bantuan dan sokongan Indonesia , begitu juga dengan Indonesia yang memerlukan bantuan dan sokongan Malaysia. Kita saling bergantungan untuk terus maju ke hadapan dan menjadi dua buah negara Islam yang aman makmur. Kenapa perlu berbalah ?
Isu kes orang Indonesia yang makan gaji di Malaysia sebagai pembantu rumah dan kemudian didera. First of all , Cik Iez nak tekankan di sini adalah SIKAP ! Sikap seseorang individu itu adalah di atas tanggungjawab masing2. Tidak perlu dikaitkan dengan semua warganegara Malaysia kerana tidak semua rakyat Malaysia yang berhati busuk. Contohnya, family arwah atok Cik Iez sendiri mempunyai saudara jauh dari Indonesia. Dan pihak kami berdua menerima baik hubungan ini. Begitu juga dengan nenek Cik Iez, beliau ada anak angkat yang berasal daripada Indonesia dan kami ibarat satu keluarga kandung. Cik Iez jugak percaya , isu bakar bendera Malaysia di Indonesia itu tercetus disebabkan ketidakpuasan hati mereka mungkin terhadap sesetengah rakyat kita yang menindas kaum mereka. Tapi adakah dengan membakar bendera negara Malaysia itu akan membuatkan rakyat Malaysia akan hormat, tunduk dan takut kepada rakyat Indonesia ?? Jawapannya ... TIDAK ! Sebaliknya perkara-perkara macam ni la yang mengeruhkan lagi keadaan. Yang salah kita hukum , tapi JANGAN libatkan mereka yg tidak berdosa.
Jadi, kita sendiri boleh nampak dan nilaikan apa yang Cik Iez cuba sampaikan kat sini. Perbalahan tak pernah habis dari dulu lagi. Dari mula dia timbul sehinggalah sekarang. Masing2 punya salah dan silap. Apa masalah dan kekurangan nya jika kita dua negara ini saling bermaafan dan menerima baik kedua2 negara ? Setiap yang salah itu datangnya daripada individu, jadi hukumlah individu itu sendiri. Bukan negaranya .. Dan hukuman yg diberi itu pulak, mestilah setimpal dengan perbuatannya. Bukan menghukum secara membabi buta. Kan tak elok .. Malulah kalau kita cuba jadi orang yg mempertahankan maruah negara dengan melemparkan kata-kata cacian terhadap negara lain. Sebab kata-kata tu melambangkan peribadi seseorang dan mencerminkan sesuatu budaya. Jika kita mengaku kita ini dri kalangan orang atau negara yang baik2, jadi perbuatan dan perckapan jugak perlulah seiring... Bukan sekadar CAKAP KOSONG dan GADUH BODOH !!! :)
Semoga kita semua dapat ambil iktibar daripada apa yang Cik Iez sampaikan ni ye :)
Tak kisah la siapa yang mulakan dulu, yg penting untuk jadi orang yang baik ialah dengan memaafkan, melupakan, dan mendoakan yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. In sha Allah .. Bahagia kelak .. :)
#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#