Assalamualaikum , peeps .. May Allah bless us . Amin
Hi,I'm back . Lupakan masalah semalam and teruskan kehidupan .. :)
Today saya nak share sikit tentang Islam. Well,saya pun bukanlah arif sangat tentang Islam and bukanlah seorang yang 100% mengikut semua ajaran Islam.. I mean, saya ada jugak melakukan kesalahan dan dosa yang saya sendiri tahu kesan dan akibatnya. Tapi kita manusia kan, takkan lari dari kesilapan .. Apa yang saya tahu, saya akan share dan harap kita sama-samalah berkongsi ilmu :')
Sebelum start, saya nak minta maaf dulu kalau penulisan saya ni ada menyakitkan hati sesiapa yang membacanya.. Maaf banyak2 . Dari pemerhatian saya, "sesetengah" orang telah menyalahtafsirkan fahaman Islam. Sebagai contoh , "TRANSEKSUAL" .Boleh ke ?? Boleh atau tidak , mari kita bincangkan.. Dalam Islam, sudah dijelaskan bahawa Allah melarang mana2 hamba-Nya mengubah sesuatu ciptaan-Nya baik dari segi mewarna rambut ataupun pembedahan bagi tujuan kecantikan. Ini kerana segala ciptaan-Nya adalah indah belaka. Subhanallah .... Tetapi inilah yang berlaku di seluruh dunia. Untuk kelihatan cantik, sesiapa saja sanggup berhabis duit. Tapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah berkenaan Transeksual ataupun dalam pemahaman lain yang kita selalu sebut, "Mak Nyah" . Lelaki yang berubah menjadi seorang wanita. Masya-Allah. Telah disahkan bahawa perubahan tersebut adalah HARAM ! Apa yang dapat saya lihat, contohnya di Indonesia.. Terdapat beberapa orang "Mak Nyah" yang kononnya ingin bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Niatnya sudah bagus,Alhamdulillah. Tetapi.... masih menjadi seorang WANITA. Mengenakan tudung,berpakaian seperti wanita,bertelekung dan melakukan ibadah solat dalam cara seorang wanita mengerjakan solat. Astaghfirullahhal'azim... Ini bertentangan dengan syarak ! Mereka seolah-olah kurang faham akan Islam. Tetapi yang lebih pelik adalah orang yang "MEMBENARKAN" perubahan tersebut . Adakah Islam di sana hanya tentang menyembah kepada Allah? Tidakkah diterangkan mengenai hukum halal dan haram ??
Maaf sekali lagi lebih2 lagi kepada orang2 Indonesia. Ini hanyalah bagi sesetengah mereka dan tidaklah saya katakan bahawa semua orang Islam di sana kufur.. Di Malaysia juga ada golongan2 yang begini tetapi Alhamdulillah... Pihak berkuasa dan juga jawatankuasa agama Islam di sini menentang habis-habisan proses penukaran jantina. Tidak ada seorang pun yang boleh menukar nama dan jantina mereka , baik lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi membenarkan golongan2 "Mak Nyah" ini melakukan solat seperti yang dilakukan oleh seorang wanita lebih2 lagi di dalam Masjid/Surau. Kerana itu adalah perbuatan yang terlarang. Sila fahamkan kenyataan ini.. "Orang lelaki di HARAM kan untuk memakai anting2,gelang, perhiasan emas dan sebagainya yang menampakkan seperti seorang WANITA . " Jadi, apakah tidak salah jika seorang lelaki itu dibenarkan untuk berlagak seperti seorang perempuan?? Gaya hidup seperti seorang perempuan... Sangat bertentangan dengan Undang2 Syariah Islam.
Memang betul ada yang mengatakan yang mereka tidak minta untuk dilahirkan seperti itu. Tetapi kita sebagai manusia,hamba Allah yang mengaku bertuhankan Allah dan beragama Islam tidak patut memberikan alasan sebegitu.. Kita dikurniakan akal supaya kita dapat berfikir. Yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram. Tidak patut kalau dihalalkan apa yang haram dan tidak patut diharamkan apa yang halal. Tidak berdosa kalau seseorang lelaki itu berpewatakan lembut dan sopan santun seperti seorang wanita jika sejak dilahirkan sifatnya memang begitu dan melakukan ibadat mengikut cara seorang lelaki. Tetapi apa yang menjadi salahnya ialah apabila seorang lelaki ingin mengubah ciptaan yang telah Allah kurniakan kepadanya dan bertukar menjadi seorang perempuan serta mengamalkan ibadah dengan mengenakan telekung dan sebagainya. Adakah solat anda diterima ??? Benar.... Kita bukan siapa2 yang berhak mempersoalkan adakah ibadah seseorang itu diterima atau tidak kerana itu semua kerja Allah tetapi kita sebagai hamba-Nya kena percaya bahawa setiap janji Allah itu PASTI ! Syurga adalah tempat bagi orang2 yang BERIMAN kepada-Nya, dan Neraka adalah tempat bagi orang2 yang INGKAR terhadap-Nya. Adakah "Mak Nyah" seperti yang dikatakan tadi tergolong dalam golongan orang2 yang beriman ? Bukankah dia ingkar terhadap larangan Allah yang mana tidak membenarkan sebarang perubahan pada ciptaan-Nya??? Kita ada jawapannya.. Carilah di dalam Al-Quran ataupun rajinlah bertanya kepada yang lebih arif mengenainya.. Sama-samalah kita muhasabah diri dan terus istiqamah kepada Allah .. In sha Allah, amin... :)
Akhir kata, ampun dan maaf saya hulurkan kerana seperti yang saya perkatakan di awal permulaan tadi, saya juga adalah seorang insan yang tidak lari dari melakukan dosa dan kesalahan. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan dalam kenyataan saya tentang Islam,harap diampunkan dan dapat diperbetulkan. Amin ..
#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#
No comments:
Post a Comment