WELCOME TO MY PAGE

Thursday, 17 July 2014

MH17 Sah Terhempas,Semua Terkorban

Assalamualaikum.. Pagi ni kita semua telah dikejutkan tentang berita mengenai pesawat MH17 yang bertolak daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 280 orang penumpang dan 15 anak kapal ditembak di antara zon konflik Rusia-Ukraine dan terhempas di sempadan Rusia . Berita disiarkan Astro Awani pada jam 12.15 tengah malam (18/07/2014) . Pesawat telah disahkan terbakar dan terhempas serta 100 orang mayat telah ditemui terdampar . Penumpang Malaysia disahkan seramai 28 orang (termasuk 2 orang bayi) manakala 154 orang daripada Belanda . Tragedi MH17 selang 4 bulan sahaja dengan MH370 . Innalillahhiwainnalillahhiroji'un .. Pesawat MH17 sepatutnya dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi namun telah terputus hubungan dengan MAS pada jam 11.30 malam tadi .

Pesawat tersebut ditembak menggunakan peluru berpandu The Buk Missile yang boleh bergerak sejauh 85 kilometer dan boleh menghancurkan 2 buah kapal terbang dalam satu masa . Berikut adalah gambar peluru berpandu yang digunakan .

  
 
Dipercayai ditembak oleh pihak pemisah Ukraine , namun dinafikan pihak Ukraine kerana mereka tidak mempunyai peluru yang begitu canggih . Hanya Rusia yang mempunyai senjata tercanggih dan dipercayai peluru tersebut milik Rusia . Segalanya masih di dalam siasatan . Motif pesawat komersial Malaysia ditembak masih belum diketahui malah pihak berkuasa juga telah mengesahkan bahawa kawasan yang direntasi Malaysia Airlines bukanlah kawasan yang dikhabarkan sebagai Red Zone .


Berikut adalah beberapa gambar pesawat MH17 yang telah hancur dan mayat yang bergelimpangan .



  


Ini pula adalah kenyataan daripada Ukrainian Separatist...


Namun dinafikan oleh pihak Rusia dan Ukraine bahawa merekalah yang bertanggungjawab melepaskan peluru tersebut . Adakah kenyataan ini bermaksud bahawa merekalah yang melepaskan peluru berpandu tersebut ataupun kenyataan ini adalah kerana mereka sudah menjangkakan perkara-perkara buruk akan berlaku sekiranya mana-mana pesawat terbang melintasi kawasan konflik tersebut ??? Tiada jawapan pasti yang dapat disahkan sekarang ini .Ini merupakan satu peristiwa yang sangat tragis . Belum sempat masalah MH370 diselesaikan,kini sekali lagi MAS menerima tekanan hebat ! Diharapkan pihak berkuasa Malaysia dapat melakukan penyiasatan secepat mungkin dan membawa pihak yang perlu bertanggungjawab ke atas MH17 dibawa ke muka pengadilan ! Amin .. Sama-samalah kita berdoa disamping terus mengikuti perkembangan MH17 ini .



#PrayForMH17#PrayForGaza#PrayForMH370#









No comments:

Post a Comment