Assalamualaikum, warga dunia.. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam limpahan rahmat yang Maha Esa. In sha Allah..
Seperti yang semua maklum, tanggal 12 Feb 2015 merupakan hari yang sayu buat kita. Perginya 2 insan yang amat dekat di hati rakyat Malaysia iaitu Datuk Hj. Hasbullah Awang dan juga Tok Guru Nik Aziz. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang sangat dikagumi. Arwah Datuk Hj. Hasbullah Awang ialah seorang pengulas sukan yang terkenal dengan keunikan suaranya dan juga 'ayat-ayat' beliau yang mencuit hati para pendengar dan penggemar sukan. Pastinya kepergiannya tiada pengganti yang dapat menandingi gelaran Pengulas Sukan Tv Terbaik.
Namun, kesedihan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ. Malam pada hari yang sama, Malaysia digemparkan dengan berita pergi nya seorang Ulama yang disegani,disanjung dan diakui kehebatannya dalam memperjuangkan agama Islam tercinta. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati ni tatkala mengenangkan ke mana hala tuju Umat Islam selepas ni dengan ketiadaan seorang hamba yang benar-benar membawa Islam ke aras yang lebih tinggi. Memang ramai lagi yang mahir ilmu agama, tapi entah kenapa kehilangan beliau seakan-akan merentap seluruh hati Umat Islam bahkan juga yang bukan Islam.
Tapi, Cik Iez kesal jugak dengan segelintir rakyat Malaysia yang tak pernah habis dengan cerita Politik tu. Tak kena tempat dan tak kena masa untuk kita sembangkan benda-benda macam tu. Tak sesuai tatkala ucapan takziah diiringkan tapi terpalit sama isu politik yang pernah terjadi antara arwah TGNA dengan parti politik yang lain. Mana letaknya sensitiviti kita sebagai Umat Islam. Malu sangat ! Sedangkan orang yang bukan Islam pun turut menghormati beliau tapi kenapa tidak Umat Islam sendiri ??
Sudah-sudahlah.. Jangan jadikan alasan 'Manusia Tak Pernah Lari Dari Membuat Kesilapan' tu sebagai penghalang untuk kita terus melakukan kebaikan. Adakah kita teringin merasa bila kita mati nanti, bukannya orang sibuk-sibuk sedekahkan doa, sebaliknya mengutuk,mengumpat dan membincangkan isu politik?? Itu ke yang kita nak ? Jangan juga kita persoalkan dan pertikaikan ucapan takziah dan doa orang yang sering berbalah pendapat atau sering bertelagah dengan arwah TGNA sewaktu hayatnya kerana mungkin doa dia yang Allah s.w.t dengar dan angkat berbanding doa kita yang kononnya tulus ikhlas. Kuasa Allah ! Tiada siapa yang mampu tandingi dan tidak ada siapa pun yang tercapai di akalnya tentang berapa besarnya kuasa yang Allah s.w.t miliki. Sebaiknya kita sebagai umat Islam haruslah terus mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi agar sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t daripada seksa neraka. Sesungguhnya senjata umat Islam itu adalah DOA . Semoga kita semua diberi pengampunan dan hidayah daripada Allah s.w.t yang Maha Esa .
#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#
No comments:
Post a Comment