WELCOME TO MY PAGE

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan datang lagiiii .....

Assalamualaikum semua ...
Ramadhan datang lagi , uollss .. Sedar tak sedar , dah masuk bulan Ramadhan dah kite ye ?? Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan merasa berpuasa . Bulan puasa ni adalah bulan penghapus segala dosa . Kita yang melakukan ibadah ni akan diangkat sperti bayi yang baru lahir sifatnya . It's mean , TIADA DOSA ! Subhanallah (Maha Suci Allah) .. Sangat besar ganjaran-Nya. Barangsiapa yang tidak melakukan ibadah di bulan mulia ini , maka rugi la dia ..

Tapi, sedih jugak bila terkenangkan masih ada yang berani mencemari bulan puasa ni dengan perbuatan yang terkutuk . Berita Buletin Utama semalam iaitu 01/07/2014 (Ahad) siarkan tentang beberapa pasangan yang ditangkap berkhalwat di bebrapa buah hotel yang diserbu pihak berkuasa. Nauzubillah ! Langsung tak taut dengan balasan Allah . Bulan mulia ni pun kau nak bedal . Dah la bulan-bulan lain pun kau main redah je .. Hormat la sikit ! Hari first puasa pulak tu . Melayu ke , bukan Melayu ke same je perangai !!

Bukan tu je . Semalam abang ipar aku punya van pon kena curi . Dah la dalam van tu ada barang-barang untuk berniaga. Dengan dapurnye, khemahnye, macam-macam lagi la .. Orang tu baru la nak start meniaga kat bazar ramadhan , dah tertunda pulak .. Tapi tak pe lah . Tu semua ujian Allah S.W.T di bulan mulia ni. Nasib baik la abang ipar aku ni jenis yang tak cepat gelabah,melatah . Relax je . Cool je dia . Boleh senyum-senyum lagi . Kalau aku , mgkin da macam-macam aku sumpah si durjana yang mencurik tu ! Ada Ustaz ni cakap , yang mencuri tu orang yang sama curik van abang ipar aku yang pernah hilang dulu . India sorang , melayu 2 orang. So, maknenye ini dah kali ke 2 la van dia ilang. Mungkin dorang ni memang da aim abang ipar aku kot sebab mungkin dorang tau abang ipar aku ni peniaga. Dah tentu-tentu lah banyak barang dalam van tu .Haihh ..Macam-macam perangai ! Ingatkan bulan special ni , berubah la sikit . Rupanya, sama jer ... Semoga Allah  membalas perbuatan korang tu .

Ok lah . Memandangkan sekarang ni Ramadhan datang lagi, confirm-confirm la ramai yang da 'eksitet' nak buat kuih la, shopping barang raya la kan ?? haaa ... tau dahh ! Biasa la tu . Sama dengan la kita , jahh oii .. Tgh dok pikir-pikir jugak ni , tahun ni nak pkai bju raya yang mcm mana and colour ape . Tapi dalam syok dok pikir-pikir tu kan , tibe-tibe ....... Rasa macam nak pegi shopping sekarang pulak ! hah , ape lagi .. chowww dulu ye .. hikhikhik ...bobyeeeezzz . mmuaahh


Selamat berpuasa semua . Jangan lupa tingkatkan amal ibadah , tinggalkan yang tak berfaedah , dan jangan lupa hulur-hulur sikit juadah .. wikikikikikiwi  (dah macam Melodi , ngkauuu ! )  ;p











#Ditaip oleh jari-jemari yang halus lagi mulus#

No comments:

Post a Comment